Tips Kecantikan


7 kesilapan yang membawa mudarat pada wajah….

Di sini saya senaraikan beberapa kesilapan kecil yang akhirnya membawa huru-hara dalam hidup anda.

  1. Basuh sekali sehari
Sebenarnya, kulit kita amat terdedah kepada beberapa faktor, antaranya ialah habuk, pencemaran, kosmetik dan pancaran matahari yang berlebihan. Oleh itu, kita haruslah mencuci muka sekurang-kurangnya 2x sehari: pagi dan petang, bergantung kepada jenis kulit. Membasuh muka yang berlebihan dan menggosok dengan tekanan kuat pada kulit juga adalah sangat bahaya.

  1.  Sabun
-penggunaan sabun adalah tidak digalakkan untuk kulit wajah anda. Ia menghakis element-element penting dan lembapan semulajadi pada wajah serta meninggalkan kesan kering dan kerengsaan setelah di gunakan. Sediaan dalam bentuk gel dan krim adalah sangat sesuai.

      3.   Produk sembarangan

-Penggunaan produk kecantikan secara sembarangan tanpa memikirkan jenis kulit tidak mendatangkan sebarang manafaat. Pilihlah produk yang betul-betul memenuhi keperluan kulit anda.

  1.  Sunscreen
-Sunscreen berfungsi untuk melindungi wajah dari sinaran terus UVA dan UVB. Sunscreen hendaklah dipakai setiap masa, dan boleh dipakai berulang-ulang kali setiap 2-3 jam untuk kesan yang baik.

      5.  Tengkuk dan leher

-Kebanyakkan kita hanya memberi perhatian kepada kecantikan muka sahaja. Kita terlupa bahawa tengkuk dan leher juga perlu di beri perhatian. Anda mesti tak mau kalau muka nampak cantik tapi leher dan tengkuk nampak gelap, berkematu dan berkerut-kerut.

  1. Night cream
-untuk kesan yang menakjubkan, cucilah muka sebersihnya sebelum tidur dan  gunakan pelembab yang bersesuaian dengan kulit anda. Krim malam yang berkualiti akan merawat kulit anda dari dalam dan menghasilkan kulit yang lebih cerah dan cantik.

  1. Memicit blackhead.
-Tabiat suka memicit whitehead dan blackhead akan merosakkan wajah anda serta meninggalkan kesan. Carilah produk yang bersesuaian untuk merawatnya dan kurangkan kekerapan menyentuh wajah.



Inginkan bibir merah secara semulajadi? 

BETULKAN YANG BIASA, BIASAKAN YANG BETUL
Senang saja, amalkan tips di bawah:
  • Lindungi bibir anda dari cuaca yang ekstrim. Perubahan kelembapan persekitaran akan menyebabkan kekeringan pada bibir. Pancaran matahari juga akan menggelapkan bibir dan menyebabkab bibir merekah. Selalulah memakai petroleum jelly ataupun lip balm di bibir bibir untuk menghasilkan bibir yang lembut dan lembap.
  •           
  • Kurangkan pengambilan kaffein, alkohol dan merokok. Pengurangan pengambilan bahan tersebut akan mengelakkan bibir dari kering dan mengelupas.
  •       
  • Elakkan dari menggunakan produk yang mengandungi bahan seperti hydrokuinon, merkuri dan plumbum.
  • Amalkan pemakanan sihat dan minumlah air yang banyak untuk bibir yang kekal cantik.
  • Jangan menarik kulit yang mengelupas dan elakkan dari menjilat bibir 
  • Tukar berus gigi anda setiap 2 hingga 3 bulan.
Inginkan bibir yang sihat cantik dan menggiurkan? Kami ada produk terbaik untuk anda ”LIP MAGIC” –Lipstik kolagen terbaik yang dihasilkan dari bahan semulajadi dan hormon phystrogene untuk bibir yang semulajadi merah dan sihat.

No comments:

Post a Comment