Assalamualaikum...
Di sini saya senaraikan beberapa kesilapan kecil yang
akhirnya membawa huru-hara dalam hidup anda.
- Basuh sekali sehari
Sebenarnya, kulit kita amat terdedah kepada beberapa faktor, antaranya
ialah habuk, pencemaran, kosmetik dan pancaran matahari yang berlebihan. Oleh
itu, kita haruslah mencuci muka sekurang-kurangnya 2x sehari: pagi dan petang,
bergantung kepada jenis kulit. Membasuh muka yang berlebihan dan menggosok
dengan tekanan kuat pada kulit juga adalah sangat bahaya.
- Sabun
-penggunaan sabun adalah tidak digalakkan untuk kulit wajah anda. Ia
menghakis element-element penting dan lembapan semulajadi pada wajah serta
meninggalkan kesan kering dan kerengsaan setelah di gunakan. Sediaan dalam
bentuk gel dan krim adalah sangat sesuai.
3. Produk
sembarangan
-Penggunaan produk kecantikan secara sembarangan tanpa memikirkan jenis
kulit tidak mendatangkan sebarang manafaat. Pilihlah produk yang betul-betul
memenuhi keperluan kulit anda.
- Sunscreen
-Sunscreen berfungsi untuk melindungi wajah dari sinaran terus UVA dan UVB.
Sunscreen hendaklah dipakai setiap masa, dan boleh dipakai berulang-ulang kali
setiap 2-3 jam untuk kesan yang baik.
5. Tengkuk dan leher
-Kebanyakkan kita hanya memberi perhatian kepada kecantikan muka sahaja. Kita terlupa bahawa tengkuk dan leher juga
perlu di beri perhatian. Anda
mesti tak mau kalau muka nampak cantik tapi leher dan tengkuk nampak gelap,
berkematu dan berkerut-kerut.
- Night cream
-untuk kesan yang menakjubkan, cucilah muka sebersihnya sebelum tidur
dan gunakan pelembab yang bersesuaian
dengan kulit anda. Krim malam yang berkualiti akan merawat kulit anda dari
dalam dan menghasilkan kulit yang lebih cerah dan cantik.
- Memicit blackhead.
-Tabiat suka memicit whitehead dan blackhead akan merosakkan wajah anda
serta meninggalkan kesan. Carilah produk yang bersesuaian untuk merawatnya dan
kurangkan kekerapan menyentuh wajah.
No comments:
Post a Comment